MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 beroperasi sepenuhnya Mac 2023 – ditunda dua bulan jika mengikuti rancangan awal

Fasa kedua bagi MRT Laluan Putrajaya akan beroperasi sepenuhnya pada Mac 2023. Ia berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh MRT Corp, seperti yang dilaporkan FMT.

MRT Corp berkata kerja-kerja pembinaan untuk fasa kedua laluan itu, iaitu dari Kampung Batu di sepanjang Jalan Ipoh di KL sehingga ke Putrajaya Sentral di ibu negara sudah siap.

“Seksyen sepanjang 38,7 km bagi jajaran Fasa 2 ini, melibatkan 15 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah, dijangka beroperasi pada Mac 2023,” kata kenyataan terbabit. Ini bermakna ia ditunda selama dua bulan jika mengikuti perancangan asal iaitu sepatutnya mulai beroperasi pada Januari 2023.

Klik untuk memperbesar

Fase pertama MRT dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu di Jalan Ipoh telah mulai beroperasi sejak 16 Juni tahun ini. Stesen antara dua lokasi itu termasuk Kampung Selamat dan Sungai Buloh, sebelum ini dari jajaran MRT Kajang.

Dari sana, tren menghala selari dengan MRR2 ke Kepong, menyusur Jalan Kepong dan Jalan Ipoh. Stesen yang terlibat di sepanjang laluan ini antara lain Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kg Batu.

Ramai yang berada di bahagian selatan Lembah Klang sememangannya menjaga pembukaan Fasa 2 ini. Namun terpaksa meneruskan kesabaran itu melihatkan operasi sepenuhnya tertangguh lagi dalam dua bulan. Apabila ia beroperasi kelak, mereka yang tinggal berdekatan laluan Fasa 1 akhirnya bisa ke KL dan selanjutnya dengan jajaran tersebut juga.