Yamaha MT-09 ditawarkan dalam warna baru – RM55k

Yamaha MT-09 versi baru yang dilancarkan November tahun lalu kini ditawarkan kepada pasaran dalam dua warna baru, iaitu Cyan Storm dan Tech Black. Harganya masih sama seperti waktu pelancaran tahun lepas RM54.998 tidak termasuk asuransi dan cukai.

Pertama kali didedahkan kepada dunia pada tahun 2020, MT-09 baru ini melibatkan beberapa perubahan berbanding model sebelumnya, dengan yang utama adalah pada bahagian penampilan bersama lampu hadapan LED lebih unik dan lampu belakang yang lebih kemas. Di sebalik panel badan itu juga Yamaha menggunakan kerangka aluminium baru yang lebih tegar untuk memberikan lebih stabiliti dan karekter pemanduan dinamik.

Enjinnya sama seperti Tracer 9 2021, iaitu unit tiga silinder 890 cc, yang berkemampuan 119 hp pada 10.000 rpm dan torsi 93 Nm pada 7.000 rpm. Selain kuasa yang lebih tinggi dari model sebelumnya, enjin ini turut dipertingkatkan untuk mematuhi kewajiban emisi Euro 5 manakala bahan api diperelok untuk memberikan lebih penjimatan bahan api.

Transmisi adalah unit enam kelajuan, dan klac jenis A&S dilaras kembali untuk memadankannya dengan kuasa baru enjin. Kemudian, penukaran gear shifter cepat yang datang standar pada motosikal ini turut dipertingkat untuk memberikan penukaran naik dan turun gear yang lebih pantas serta lancar.

Di hadapan penunggang kini terletak panel paparan TFT berwarna 3.5 inci baru yang memaparkan pelbagai informasi termasuk kedudukan gear dan operasinya boleh dikawawal menggunakan butang di bahagian kiri pemegang.

Peningkatan elektronik tidak terhenti di situ kerana MT-09 2021 kini dilengkapi dengan unit pengukur inersia (IMU) 6-axis untuk memberikan input kepada sistem Traction Control (tiga mod), Slide Control System (SCS), Front Wheel Lift Control System (LIF) dan Sistem Kontrol Rem (BC).

Suspensi MT-09 2021 masih menggunakan garpu 41 mm serta monoshock yang boleh dilaras, ia telah ditala semula untuk menyesuaikannya dengan casis serta lengan ayun baru. Pada bahagian brek, di hadapan ia kini menggunakan pam utama radial untuk menghantar tekanan minyak kepada set berkembar angkup empat piston dan cakera 298 mm. Di belakang menggunakan cakera 245 mm dan angkup satu piston.

Jika Anda melihat lebih detail, rekaan pelek 17 inci MT-09 ini juga berlainan. Bukan setakat rekaan, ia juga adalah 700 gram lebih ringan sekaligus memperbaiki kawalan motosikal dan kecekapan bahan api. Tayar bersaiz 120/70 di depan dan 180/55 di belakang.

Kelengkapan lain pada MT-09 2021 adalah seperti tangki bahan api 14 liter, berat total 189 kg, tinggi tempat duduk 825 mm dan jarak dari tanah 140 mm. Jarak roda untuk model baru ini juga bertambah 30 mm dengan 1.430 mm.