Jenama Perancis di pasaran Malaysia begitu populer, berbanding jenama pengeluar dari Jepun mahu pun Korea. Walau bagaimana pun, ia masih ada di dalam kalangan penggemarnya. Itu karena masih bertahan di pasaran tempatan sehingga sekarang pun bersilih ganti pihak yang mengendalikannya.
Selepas mengambil alih pengedaran jenama Peugeot dari Naza, pada November lalu, Bermaz Auto Alliance (BAuto) telah mendebarkan dua SUV baharu, yang pertama di bawah edarannya di Malaysia. Kehadiran Peugeot 3008 dan 5008 memberikan lebih banyak variasi bagi mereka yang mencari SUV lima atau tujuh tempat duduk.
Kedua-dua model SUV ini merupakan versi pemasangan tempatan (CKD) oleh Stellantis yang telah mengambil alih sepenuhnya kilang Naza di Gurun, Kedah (sebelum dikendalikan oleh Naza Automotive Manufacturing).
Hampir lapan bulan berada di pasaran, barulah kami diberikan kesempatan untuk memandu uji kedua-dua model ini. Jika tengok dari pandangan luaran, 3008 dan 5008 ini memang ibarat kembar seiras, perbezaannya cuma melibatkan ukuran dimensinya memandangkan kedua-duanya menawarkan kapasiti tempat duduk yang berbeza. 3008 dengan lima tempat duduk dan 5008 pula menampilkan tiga baris tujuh tempat duduk, menjadikan ia lebih besar dibandingkan ‘adik kembarnya’ itu.
Bagi 5008, ia berukuran panjang 4.670 mm, lebar 1.855 mm, tinggi 1.655 mm dan jarak roda 2.840 mm. Untuk 3008 pula, SUV 5-tempat duduk inu memiliki dimensi panjang 4.510 mm, lebar 1.850 mm, tinggi 1.628 mm dan jarak roda 2.730 mm. Manakala kapasiti ruang tapi bagi 5008 mencecah 952 liter dengan posisi duduk berada dalam keadaan normal, dan 591 liter pula bagi 3008.
Namun dari sudut mekanikal, kedua-duanya menggunakan enjin yang sama iaitu 1.6 liter THP (Turbo High Pressure) empat-silinder yang menghasilkan 167 PS dan torsi 240 Nm. Ia turut digandingkan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan Aisin yang mengalirkan pacuan ke roda hadapan. Selain itu, ia juga menampilkan dail rotari untuk pemandu memilih mod cengkaman berbeza, termasuk Salju, Lumpur dan Pasir.
Persamaan sudut mekanik tersebut membuatkan model kedua-dua ini memiliki prestasi pemanduan yang sama, namun sedikit lebih baik daripada segi pengendalian. Bagi prestasinya, hamburan kuasa yang terhasil dapat dikatakan agak tangkas dan menguja. Tidak perlu tenaga yang sangat keras untuk memaksanya menghamburkan kuasa hingga mencapai kelajuan yang diingini. Gabungan enjin dan kotak gear ini memang disifatkan sederhana dan berkeupayaan memberikan kerjasama yang agak padu.
Malahan pergerakan kotak gearnya juga sangat memuaskan, ia tidak berlengah untuk bertukar posisi biar memilih mod automatik sepenuhnya. Jika menggunakan mod manual, sudah pasti keseronokan ‘bermain’ gear lebih terasa. Pendek kata, prestasi yang dihasilkan kedua-dua model 3008 dan 5008 ini memang memuaskan hati.
Namun dari sudut pengendaliannya, seperti yang dikatakan, ada sedikit perbezaan, yang pengaruhnya besar. Dengan saiz yang sedikit besar dan memiliki berat mencecah 1,595 kg, momentum pergerakan 5008 sedikit lambat untuk mencapai momentum yang diingini, berbanding 3008 yang seberat 1,492 kg yang lebih tangkas daripadanya. Ia Lebih ketara apabila muatan penuh dengan penumpang dan barangan yang dibawa badan besar 5008 ini.
Jika 5008 dipacu menaiki bukit, dengan muatan tujuh penumpang dan ruang tetapi juga penuh barang, maka sedikit lambat untuk mencapai kelajuan yang diingini dan di kala inilah kerahan tenaganya diperlukan dengan memberi penekanan pada pedal pendikit. Dan perkara ini tidak begitu dirasai jika mengendalikan 3008.
Manakala dengan gandingan topang MacPherson dan palang torsi untuk sistem suspensinya, ia membantu kedua-dua model ini memberikan pengendalian yang lebih selesa, biar pun merentasi jalan yang berliku.
Walau bagaimana pun kedua-dua model ini tidak diberikan sistem pacuan empat roda, pacuannya bersifat begitu manja. Tidaklah sampai melayakkannya untuk dilenjan merentasi laluan off-road waima sederhana ekstrem. Kalau setakat ekstrem ala kadar atau manja-manja, rasanya tidak memberikan masalah. Jangan pula rentas anak sungai ya. Kalau setakat jalan berlopak, kira oke lagi.
Untuk bab olengan tubuh pula, ia disifatkan sederhana walau pun ketika berada di tempat duduk penumpang.
Oke, kita masuk pula bab imej yang diperagakan untuk kedua-dua model ini. Ada beberapa ciri baharu yang ditampilkan untuk imbed luarannya. Antaranya adalah rekaan wajah hadapan yang kini lebih menarik dengan gril tanpa bingkai dan lampu utama LED dengan rekaan baharu (dengan ciri lampu tinggi automatik dan fungsi limpahan cahaya 90-darjah di selekoh) serta lampu nyalaan siang (DRL) LED menegak. Lencana nombor 3008 dan 5008 yang terletak di bahagian bonet juga baharu — ini saja perbezaan antara keduanya jika dilihat dari depan.
Pembaharuan di bahagian belakang tidak begitu ketara berbanding di hadapan. Ciri baharunya termasuklah lampu LED, dengan rekaan tiga garis “cakaran” 3D dan lampu lampu sekuensial.
Ini peningkatan yang menarik dibandingkan model sebelumnya. Bagaimana pun, ia tidak diberikan lampu lampu sekuensial untuk bahagian hadapan, walaupun hadir dengan rekaan lampu penyangga baharu yang memanjang ke bawah. Kelengkapan standard lain termasuklah bukaan pintu barangan belakang dengan gerak kaki dan tetapan ketinggian, enam beg udara dan penderia parkir.
Menjengah bahagian kabinnya pula, ia diberikan i-Kokpit yang terdiri dari paparan kluster instrument digital 12.3-inci yang telah dipertingkatkan dengan kesan grafik dan kontras lebih baik untuk memudahkan penglihatan. Paparan pada bahagian tengah juga kini lebih lebar dengan skrin sentuh 10-inci.
Turut diberikan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, melalui sambungan kabel ke port USB-A. Material ruang dalaman kekal sama, tetapi ia juga didatangkan dengan pad pengecas tanpa wayar Qi sebagai ciri standar.
Untuk keselamatan, 3008 dan 5008 tidak dilengkapi dengan ciri bantuan pemanduan seperti kawalan melayar adaptif dan AEB. Ia hanya ditampilkan dengan enam beg udara, cagak ISOFIX untuk tempat duduk baris kedua dan kamera undur masih dalam resoulusi rendah seperti sebelum ini. Selain itu, ia masih diberikan ABS, EBDkawalan kestabilan, pemantauan titik buta, dan bantuan kekal lorong.
Tiga pilihan warna disediakan iaitu Abu-abu Amazonite, Putih Mutiara dan Nera Black. Warna keempat yang eksklusif untuk berasingan model yaitu Cuprite Coklat (3008) dan Kristal Zamrud (5008).
Peugeot 3008 dijual pada harga awal RM161,616, manakala 5008 pula berharga dari RM177.311, Kedua-duanya adalah harga atas jalan tanpa asuransi dan dengan cukai SST. Pembeliannya diberikan waranti lima tahun atau 100.000 km daripada pengilang (yang mana tiba terlebih dahulu), serta servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 60.000 km, yang mana tiba terlebih dahulu.
Jadi, untuk anda yang ingin mencari SUV sama ada lima atau tujuh tempat duduk, anda boleh meletakkan 3008 atau 5008 dalam senarai pilihan. Imej luaran dan dalaman yang tampak mewah dan mewah, serta prestasi dan pengendalian yang agak memuaskan merupakan bonus untuk kedua dua model SUV ini. Setanding dengan harga yang ditawarkan.
GALERI: Peugeot 3008 2022
GALERI: Peugeot 5008 2022