Kia EV6 2022 kini di Malaysia – varian GT-Line AWD, bateri 77,4 kWh, 325 PS, jarak 506 km; dari RM301k
Selepas dipertontonkan di peringkat tempatan pada akhir Mei lalu, Kia EV6 2022 telah pun mula dibuka tempahannya untuk pasaran Malaysia. Ia ditawarkan dengan varian tunggal GT-Line, dan merupakan model import sepenuhnya (CBU) yang dibawa masuk dari negara kelahirannya, Korea Selatan. EV6 merupakan model produksi elektrik sepenuhnya pertama dari Kia yang telah didedahkan pada peringkat global … Read more