Modena bungkus projek “supermoped”, tapi masih bangunkan kapcai atas 150 cc dengan Kawasaki

Rekaan Modenas Kriss Concept Saharuddin Busri

Apa pun yang ada dengar tentang “supermoped” Modenas sebelum ini, semuanya sudah berakhir. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh CEO Modenas, Roslan Roskan dalam satu majlis bersama media di Gurun, Kedah. Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna Modenas melupakan terus segmen ini.

Modenas sedar, segment motosikal 150 cc dan ke atas adalah sangat besar dan mereka tidak akan melepaskan peluang untuk bersaing di dalamnya. Selain dari itu, Roslan juga menjelaskan, Modenas kini dalam proses untuk memperkenalkan semula kapcai Modenas berkapasiti 150 cc ke atas.

Memandangkan sekarang hampir menyentuh saham dalam Modenas yang dipegang oleh Kawasaki, pasti ramai yang menjangkakan campur tangan Kawasaki dalam pembangunan kapcai prestasi ini. Itu memang benar, dan Roslan sendiri memberi tahu, mereka mahukan kapcai ini memiliki identitas seperti Kawasaki.

Ketua bahagian rekaan Kawasaki Heavy Industries Ltd., Keishi Fukumoto

Malangnya, Kawasaki sekarang lebih banyak memberi tumpuan kepada pembangunan dan kompetisi motosikal yang berkuasa tinggi. Kita boleh berkata, kalau begitu, mengapa tidak ambil sahaja enjin 250 cc dan turunkan kapasitinya kepada bawah 200 cc? Salah seorang wakil Kawasaki yang turut hadir dalam majlis sama memberitahu, ia tidak akan melakukannya, dan akan menyebabkan kos kapcai tersebut menjadi tinggi (kerana enjin itu berspesifikasi tinggi).

Namun, apa yang diberitahu dengan jelas adalah kapcai ini turut menerima sentuhan dari pereka Kawasaki dari Jepun, termasuklah Keishi Fukumoto, yang telah datang ke Malaysia untuk proses-proses akhir pengesahan rekaannya. Pendapat kami, prototaip kapcai tersebut mungkin sudah ada, tetapi semasa lawatan ke dalam kilang, tiada sebarang bayang atau kesannya lagi.

Roslan masih tidak membuka mulut tentang spesifikasi kapcai berprestasi ini, tetapi beliau menyatakan bahwa Kawasaki juga tidak hanya menggunakan enjin atau kelengkapan mereka sendiri, dan karena itu, mereka juga boleh memilih barangan dari pembekal tertentu. Sebagai pengeluar motosikal tempatan, kita boleh menjangkakan harga berada di bawah RM10k.