Pertama kali didedahkan pada Mac lalu, Maserati Grecale kini tiba di Malaysia untuk sesi pratonton yang diusahakan oleh Naza Italia. Grecale merupakan SUV kedua jenama itu selepas Levante, ia dibangun menggunakan platform Giorgio dan memiliki dimensi panjang 4.846 mm, lebar 1.948 mm, tinggi 1.670 mm dan jarak antara roda 2.901 mm — lebih kecil dibandingkan Levante, dan menjadi pesaing bagi Porsche Macan.
Wajad depan SUV ini serte grilnya yang lebar diilhamkan oleh MC20, yang menjadi model pertama mempamerkan arah tuju pengayaan baru bagi jenama ini. Kluster lampunya dipanjangkan, dan menggunakan DRL yang sama dengan MC20. Menyerlahkan lagi bahagian bangga adalah garis atas bonet dan bukaan udara yang besar di bawah apron.
Di belakang, rekaan lampunya menyerupai model Maserati yang lain, iaitu 3200 GT dengan kluster tirus yang dilanjutkan yang garisnya sampai ke roda belakang. Di bawah, ada rekaan seumpama penyebar yang terletak antara ekzos.
Di dalam beberapa skrin, termasuk kluster instrument digital 12.2-inci serta skrin sentuh di tengah 12.3-inci yang terletak di atas sebuah lagi skrin 8.8-inci. Semua ini dipautkan kepada MIA (Maserati Intelligent Assistant), sebuah sistem infotainmen berasaskan Android Automotive OS dari Google.
Sistem infotainmen ini datang dengan pelbagai pilihan sambungan dan ciri lain seperti tetapan pelbagai profil dan tetapan kenderaan, dan sambungan dua telefon pintar melalui Bleutooth. Android Auto dan Apple CarPlay turut termasuk dan juga sistem telematik Maserati Connect.
Penumpang belakang juga ada skrin sentuh sendiri yang terletah di ujung tengah, untuk tetapan pendingin konsol — Grecale datang dengan sistem kawalan pendingin tiga-zon dan corong belakang. Maserati juga bekerjsama dengan Sonus Faber untuk membangunkan sistem bunyi 3D, yang datang dengan 14 (standard) atau 21 (High Premium) pembesar suara.
Dari segi mekanikal, Grecale menggunakan jenis suspensi tulang harapan ganda di depan dan multi-link di belakang. Bergantung pada varian, ia datang sama ada dengan penyerap hentak pasif, penyerap hentak Skyhook adaptif atau suspensi udara. Sistem utama yang lain adalah Vehicle Dynamic Control Module (VDCM), yang merupakan evolusi kepada Chassis Domain Control Module (CDCM) yang ada pada MC20.
Semua varian Grecale menerima transmisi automatik lapan-kelajuan dan pacuan semua roda sebagai ciri standar, dengan enjin paling asas pada GT adalah 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol yang menjana 300 PS (296 hp) pada 5.750 rpm dan torsi 450 Nm dari 2.000 hingga 4.000 rpm.
Sistem janaan ini juga menampilkan sistem 48-volt mild hybrid yang terdiri dari generator starter sabuk (BSG), sebuah bateri, sebuah eBooster serta pengubah AC/DC. BSG bertindak sebagai alternator untuk mengecas bateri yang terletak dalam tapi, yang memberikan kuasa kepada kompresor elektrik eBooster untuk mengisi jurang tork sebelum turbo masuk.
Varian Modena juga menggunakan enjin hibrid yang sama, tetapi ditala untuk memberikan 330 PS (325 hp). Kedua-dua model dengan sistem mild-hybrid ini mampu mencapai kecepatan 240 km/j, tetapi Modena lebih pantas dalam 0-100 km/j dengan 5,3 saat berbanding GT dengan 5,6 saat.
Trofeo juga menggunakan enjin Nettuno 3.0 liter turbo berkembar V6 dari MC20, yang memanfaatkan teknologi Maserati Twin Combustion (MTC) dari F1. Dari sudut angka, Trofeo menghasilkan 530 PS (523 hp) pada 6.500 rpm dan 620 Nm dari 3.000 hingga 5.500 rpm — yang paling pantas dengan 3,8 saat dan laju maksimum 285 km/j.
Naza Italia bagaimanapun tidak mendedahkan harga Grecale di Malaysia buat masa ini. Apa pun, pelanggan yang berminat boleh menguhubungi pengedar untuk membuat suhu atau mendekati model ini sebelum menjelajahinya di negara ASEAN yang lain.