Honda BR-V 2022 diperkenalkan di Thailand — MPV 7-tempat duduk, 1.5L NA, CVT, Sensing; dari RM115k

Honda Thailand akhirnya mendedahkan harga rasmi bagi model SUV tujuh tempat duduk BR-V generasi kedua, yang sedikit lebih rendah dibandingkan harga anggaran awal sebelum ini. Semuanya ada dua varian, iaitu E dan yang paling lengkap, EL dengan masing-masing dijual pada harga 915.000 baht (RM114.575) dan 973.000 baht (RM121.861).

Kedua-dua varian BR-V terbaru untuk pasaran Thailand ini dikuasai enjin sama berkapasiti 1.5 liter NA DOHC i-VTEC empat-silinder petrol dengan janaan kuasa 121 PS dan torsi 145 Nm pada 4.300 rpm. Kuasa dihantar ke roda hadapan melalui kotak gear CVT.

Pertama kali dipertontonkan sebagai N7X Concept, model generasi kedua ini memiliki ukuran dimensi 4.490 mm panjang, 1.780 mm lebar, 1.685 mm tinggi dengan jarak antara roda 2.695 mm. Jika dibandingkan, BR-V di pasaran memiliki ukuran panjang 4.457 mm, lebar 1.735 mm, tinggi 1.677 mm dan jarak antara roda pula 2.662 mm.

Dari segi kelengkapan, varian E menerima roda 16-inci (dengan tayar 215/60), stereng berkuasa, brek cakera hadapan berliang dan brek dram belakang, lampu utama LED automatik, lampu nyalaan siang LED, pemegang pintu luar kemasan krom, serta cermin sisi larasan kuasa dengan lampu membelok.

Di ruang dalam, model asas diberikan paparan kluster instrument pelbagai info 4.2-inci, kerusi balutan kulit kombinasi dua-tona (Hitam dan Mocha Grey), pendingin automatik (dengan corong di belakang), sistem tanpa kunci dan butang penghidup enjin (dengan Honda Smart Key dan kawalan jauh penghidup enjin), skrin sentuh tujuh-inci (dengan Android Auto dan Apple CarPlay), stereng balutan kulit dan empat-pembesar suara.

Sementara varian EL ciri tambahan lain, termasuk roda lebih besar bersaiz 17-inci (dengan tayar 215/55), gril hadapan piano black, lampu kabus hadapan LED cermin sisi dapat dilipat secara otomatis, pedal penukaran gear, kerusi balutan kulit kombinasi serba hitam , tambahan dua lagi unit pembesar suara (keseluruhan enam unit) dan juga beberapa ciri lain termasuk lebih banyak soket, poket belakang tempat duduk hadapan dan sebagainya.

Harga model baru yang diumumkan ini juga sebenarnya lebih tinggi berbanding model generasi pertama yang dijual di Thailand, yang juga datang dalam dua varian dengan harga masing-masing antara 765.000 dan 835.000 baht (RM95.809 dan RM104.576).

Ini disebabkan kedua varian BR-V terbaru ini dilengkapi dengan Honda Sensing secara standar. Untuk aspek keselamatan, ia diberikan fitur standar termasuk Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM with LDW), Auto High-Beam (AHB), Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lead Car Departure Notification System (LCDN).

Ini termasuk juga ciri Honda LaneWatch, sistem peringatan tali keledar baru, pandangan belakang dan sistem pasif sedia ada yang biasa (VSA, ABS, EBD, bantuan brek, bantuan mendaki bukit, kunci automatik). Yang berbeza adalah jumlah udara, dengan E menerima empat buah sementara enam untuk EL.

Pilihan warna pula terdiri dari Taffeta White yang khusus untuk E, dengan Crystal Black Pearl menjadi pilihan dengan tambahan 6.000-baht (RM752). EL pula dengan harga standar dengan warna sama Crystal Black Pearl berkenaan, dan melibatkan tambahan 4,000 baht (RM501) untuk pilihan warna Premium Sunlight White Pearl.

BR-V juga selalu diura-urakan menjadi model seterusnya yang akan diperkenalkan di Malaysia dan versi generasi kedua ini. Jadi, kenaikan harga antara model lama dan model terbaru ini juga boleh berlaku untuk pasaran tempatan kelak. Ketika ini, BR-V generasi pertama versi facelift dijual pada harga RM90,700 di atas jalan tidak termasuk asuransi bagi varian E dan RM97,700 bagi varian V. Jadi, berapa harga dijangka untuk BR-V baru bila tiba di sini nanti?