JPJ eBid: Siri plat nombor LH sedia untuk dibida

Untuk yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang dibuka untuk bidaan. Seperti biasa, bidaan dilakukan terus menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

Siri plat nombor dari Labuan, LH, telah mula dibuka bidaan sejak semalam. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 22 Ogos ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 23 Agustus 2022. Keseluruhan proses adalah dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk terus menerus e-mel.

Dah tak perlu nak dapatkan khidmat pihak ketiga termasuk runner yang adakalanya menetapkan kadar caj yang tidak masuk akal. Jadi, anda boleh lakukan sendiri bidaan ini. Untuk mengetahui cara-cara untuk membida terus menerusi JPJ eBid, anda boleh KLIK PAUTAN INI.

Untuk pengetahuan Anda, kini tiada lagi larangan untuk menggunakan plat Sabah dan Sarawak di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimana pun, untuk plat Labuan seperti ini, perlu diingatkan di JPJ cawangan Labuan di pulau bebas itu. Tapi bidaannya masih boleh dilakukan terus menerusi JPJ eBid.