Honda ADV 160 tiba di Indonesia – enjin 156.9 cc baru, sistem kawalan cengkaman, ABS, ruang simpanan 30L

Akhirnya hari ini, PT Astra Honda Motor meluncurkan rasmi Honda ADV 160 untuk pasaran Indonesia, dengan ditawarkan dalam dua versi iaitu CBS dan ABS + HSTC, pada harga masing-masing 36 juta rupiah (RM10,624) dan 39,25 juta rupiah (RM11, 583).

Tidak banyak perubahan kosmetik yang dilakukan pada skuter ala petualangan ini, dengan lampu hadapan dan belakang yang tampak masih sama, tetapi panel tepi, dari hadapan hingga ke belakang adalah sedikit berbeza. Selain itu, model baru ini juga ditambah dengan penghadang angin di hadapan yang boleh dilaras dua kedudukan serta pengecas USB di ruang simpanan kecil bawah.

Perubahan lain yang dilakukan adalah tinggi tempat duduk, yang menjadi lebih rendah untuk menyenangkan pengguna, ruang simpanan bawah tempat duduk bertambah besar dua liter menjadi 30 liter serta rekaan panel meter digital baru.

Naik taraf paling utama pada ADV 160 ini, seperti yang dapat dilihat melalui namanya adalah enjin satu silinder menambahkan bahan api 156,9 cc eSP+ yang dipadankan bersama transmisi CVT untuk mendapatkan kuasa 15,8 PS pada 8.500 rpm dan torsi 14,7 Nm pada 6.500 rpm. Kuasa ini adalah sama seperti Vario 160 dan Air Blade 160 yang menggunakan enjin sama.

Untuk versi ABS, selain sistem brek anti kunci yang dilaksanakan melalui tetapan cakera depan dan belakang, ia juga ditambah dengan sistem kawalan cengkaman HSTC yang boleh mengelakkan gelinciran pada roda belakang serta lampu amaran kecemasan (Emergency Stop Signal).

Kelengkapan lain skuter ini masih sama seperti ADV 150 yang memperkenalkan kali pertama pada tahun 2019, termasuk garpu teleskopik di hadapan, dua penyerap hentak Showa di belakang dengan tabung gas, rim 14 inci di hadapan dengan tayar 110/80, rim 13 inci di belakang dengan tayar 130/70, lampu di hadapan LED serta sistem kunci pintar.