Harga minyak 18-24 Ogos – RON97 turun 5 sen seler

Bagi minggu bertarikh 18 hingga 24 Ogos 2022, Kementerian Kewangan (MoF) telah mengumumkan harga runcit bagi petrol RON97 sekali lagi dilaporkan turun iaitu sebanyak 5 sen seliter, dibandingkan RM4.40 seliter ke RM4.35 seliter.

Harga baharu tersebut akan berkuatkuasa 12 tengah malam ini sehingga mulai Rabu hadapan, 24 Ogos 2022.

Manakala harga petrol RON 95 yang telah mencapai harga siling masih dikekalkan pada paras RM2,05 seliter.

Untuk diesel Euro B10/B20 juga, harganya turut dikekalkan pada harga RM2,15 seliterdan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter.

MoF turut berkata, kerajaan akan terus menyatukan kesan perubahan minyak mentah dunia serta mengambil keputusan yang bersesuaian untuk memastikan kebaikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.