Sekali lagi harga bagi petrol RON 97 dilaporkan mengalami kenaikan, dan untuk minggu bertarikh 16 hingga 22 Jun 2022, ia naik sebanyak 11 sen seliter, kini menjadi RM4.83 seliter berbanding RM4.72 seler minggu sebelum ini. Ia merupakan harga tertinggi yang pernah dicatatkan setakat ini.
Harga baharu yang diumumkan ini efektif mulai pukul 12 tengahmalam sehingga Rabu di hadapan 22 Jun 2022.
Bagi petrol RON 95 pula, harganya yang telah mencapai harga murah masih dikekalkan sejak lebih setahun yang lalu iaitu pada paras RM2,05 seliter.
Begitu juga dengan diesel Euro B10/B20 yang masih dikekalkan pada harga RM2,15 seliterdan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter.
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga akan terus menyatukan kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan kebaikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.