Tidak lama lepas tempahan untuk SUV elektrik Chery Omoda 5 dibuka di Cina, laman Facebook Chery Malaysia juga mula bertemu orang ramai untuk memberikan pandangan serta menghargai model tersebut.
Beberapa perincian Omoda 5 ini juga telah didedahkan di dalam borang kaji selidik tersebut, termasuk kuasa puncak 150 kW (204 PS) dan tork 400 Nm, serta bateri 64 kWh yang mampu memberikan jarak gerak 450 km. Bateri ini dapat diisi kembali dari kosong ke 80% melalui pengecasan pantas dalam masa 40 minit, dan apabila menggunakan pengecas berkadar lebih rendah, ia akan mengambil masa lima jam.
Turut ditunjukkan adalah dimensi Omoda 5, yang mencatat panjang 4.374 mm, lebar 1.824 mm, tinggi 1.585 mm dan jarak 2.630 mm. Ini sekaligus menjadikan ia sedikit lebih pendek (-26 mm) dan kurang lebar (-6 mm) berbanding Omoda 5 yang menggunakan enjin pembakaran dalaman biasa.
Melalui kaji selidik itu juga, Chery Malaysia mahu mendapatkan maklum balas orang ramai, bahagian luaran dan dalaman mana yang paling suka, dan tidak suka tentang Omoda 5 elektrik. Turut ditanya tentang pesaing terdekat Omoda 5 EV, seperti Hyundai Kona Electric dan GWM Ora Good Cat.
Omoda 5 versi enjin pembakaran telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia, dan negara kita akan menjadi antara pasaran antarabangsa luar China yang menerimanya, dan diikuti pasaran lain seperti Australia dan Eropah.
Segmen SUV B dari pengeluar China ini juga pernah pernah diuji di atas jalan raya di negara kita, namun semuanya masih ditutup dengan pelekat kamuflase. Turut dalam perancangan adalah pemasangan dalam negara (CKD) untuk model ini.