Petronas di R&R Sg Perak (selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup mulai 8 Ogos untuk dinaiktaraf

PLUS Berhad telah memaklumkan bahawa stesen Petronas di R&R Sungai Perak (di KM249.4, arah selatan) akan ditutup mulai 8 mulai kerja-kerja naiktaraf.

Penutupan stesen Petronas tersebut akan berlangsung sehingga tarikh yang bakal dimaklumkan kelak. Walau bagaimana pun, penutupan tersebut tidak melibatkan keseluruhan kawasan R&R terbabit, di mana Anda masih boleh singgah di sana untuk menjamu selera, ke tandas mahu pun ke surau.

Jika kenderaan anda hampir kehabisan bahan api dalam perjalanan berhampiran kawasan,
selepas melepas sungai Perak dan merentasi laluan di Terowong Menora, anda boleh memasuki susur Ipoh untuk mengisi minyak berhampiran dengan plaza tol Ipoh.