Perodua Axia 2023 D74A — perincian awal muncul; empat varian 1.0L, semua CVT, warna baru Coral Blue

Sebuah alias TikTok, @promosiprotonperodua telah memuat naik sebuah video yang memaparkan apa yang tampak seperti lembar dokumen yang berkaitan dengan Perodua Axia 2023 D74A terbaru yang dijangka akan diperkenalkan tahun ini.

Jadual dalam dokumen berkenaan menyenaraikan empat varian Axia D74A tersebut — 1000 G CVT, 1000 X CVT, 1000 SE CVT dan 1000 AV CVT. Semuanya ditandakan dengan CVT, yang mungkin saja mencadangkan bahawa Axia terbaru itu nanti tidak lagi akan ditawarkan dengan kotak gear manual — setidak-tidaknya ketika pelancarannya.

Jadual kedua di bawah varian jadual pula memaparkan pilihan warna yang akan ditawarkan — Ivory White padat, metalik Perak Berkilauan, metalik Granit Abu-abu, metalik Lava Red dan terakhir pilihan warna baru, metalik Coral Blue. Ini mungkin warna biru yang berbeda dari warna terbaru yang ditawarkan untuk Myvi, dengan nama Electric Blue metalik.

Perodua Axia 2019 ketika ini ditawarkan dalam enam varian, bermula dengan 1.0 E Manual pada harga RM23,367 hinggalah kepada Perodua Axia 1.0 AV AT pada harga RM41,427 — ini mencakup tanda harga yang agak luas juga. Adakah model baru Axia nanti akan dijual pada harga permulaan yang lebih tinggi? Itu kita perlu menunggu dan lihat nanti.

Varian unik Axia ketika ini juga diwakili oleh 1.0 Style AT, yang hadir dengan penggayaan lasak dan lebih tinggi dari Axia biasa.

Di Indonesia, model Toyota Agya dan Daihatsu Ayla merupakan saudara kepada Axia. Ada khabar angin mengatakan model yang di sana akan memanfaatkan juga enjin dengan turbocas, dengan jangka pelancarannya pada Mac 2023. Adakah Perodua juga akan memperkenalkan Axia turbo?

@promosiprotonperodua Wow ada warna baru utk All New Axia 2023. Mesti laku keras la lepas ini. Harap harga seting dengan spect yang ditawarkan. #Axia2023 #peroduaaxia #promosiperoduaterkini #promosiaxia #tipsbelikereta #panduanbelikereta #fyp #fypage #fyp??viral ? Goyang Dua Jari – Sandrina