Selepas tiga tahun diperkenalkan kepada pasaran (tidak masuk ke negara kita), Kawasaki KLX230 kini diberikan peningkatan yang bukan sahaja dapat meningkatkan kepuasan tetapi juga membantu prestasinya sebagai sebuah jentera tujuan ganda.
Sekali lagi didedahkan kali pertama di Indonesia, KLX230 2022 masih lagi tiba dalam dua versi iaitu Standard dan SE, bagi yang menggunakan rim tujuan ganda 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang, dan kemudian ditambah dengan satu lagi versi iaitu KLX230 SM (supermoto) yang menggunakan rim 17 inci berserta tayar yang lebih sesuai untuk tunggangan atas jalan tar, bersaiz 110/70 di hadapan dan 120/70 di belakang.
Semua versi KLX230 2022 menerima lampu hadapan LED, bagikan lampu halogen sebelum ini, tetapi satu peningkatan lebih menarik dilakukan pada versi SE dan SM, di mana ia menerima garpu terbalik 37mm. Suspensi belakang masih lagi menggunakan monoshock dengan tetapan sambungan Uni-Trak.
Sementara prestasi untuk versi SE dipertingkat, versi Standar juga menjadi lebih mudah didekati dengan tinggi tempat duduk yang direndahkan menjadi 830 mm. Sebagai perbandingan, versi SE menyediakan tempat duduk 885 mm manakala SM pula 845 mm. Berat KLX230 ini masing-masing adalah 134 kg untuk Standard dan SE, sementara SM mencatat 136 kg.
Selain itu, bahagian lain semua sama seperti KLX230 masih diperkenalkan pada tahun 2019, berawal dari enjin satu silinder SOHC menambahkan bahan api berkapasiti 233 cc, dipadankan bersama transmisi enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa 19 PS pada 7.600 rpm serta 19,8 Nm torsi pada 6.100 rpm . Enjin ini dapat dihidupkan dengan pemula elektrik dan tiada penendang.
Kelengkapan lain yang terdapat pada KLX230 2022 adalah seperti meter digital LCD, tangki bahan api 7.5 liter, serta brek cakera tunggal dengan saiz 300 mm, angkup dua piston di hadapan dan cakera 220 mm berserta angkup dua piston di belakang.
Untuk tempoh awal awal pasaran Indonesia, KLX230 dijual pada harga 47.9 juta Rupiah (RM14,472) untuk versi Standard, dan 52,9 juta Rupiah (RM15,982) untuk versi SE, sementara KLX230 SM pula dijual pada harga 54,7 juta Rupiah (RM16, 526).