Menjelang pelancarannya tidak lama lagi, Honda HR-V 2022 bakal ditampilkan di beberapa bilik pameran terpilih di sekitar KL dan Selangor pada akhir minggu ini. Total lima wakil pengedar bakal mengendalikan sesi pra-tonton HR-V generasi ketiga ini untuk pelanggan meraka iaitu pada 18-19 Jun ini.
Walau bagaimana pun, difahamkan, beberapa varian yang bakal dipamerkan di sini adalah unit pra-produksi, yang akan dipasang di kilang Honda di Melaka. Bagi pelanggan yang berminat untuk menghadiri sesi pra-tonton ini, dinasihatkan agar menghubungi wakil pengedar yang dipilih (nombor telefonnya serta disertakan di bawah) untuk temujanji dan menempah slot bagi Anda untuk mengelakkan kesesakan.
Tapi jangan kaget, sekiranya anda menyerahkan telefon bimbit atau sebarang peranti perakam imej sebaik tiba di bilik pameran terbabit. Tiada sesi fotografi atau videografi tidak dibenarkan. Ini perkara biasa jika melibatkan pra-tonton untuk pesta media, sama konsep turut dilaksanakan bagi orang-orang ramai yang hadir menyertai sesi tersebut. Dan disebabkan model yang dipamerkan ini melibatkan unit pra-produksi, maka ada beberapa ciri yang masih belum dimuktamadkan.
Pada Khamis lalu, Honda Malaysia telah mengumumkan tempahan HR-V baharu mula ini dibuka. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Honda Malaysia, HR-V pasaran Malaysia sah akan ditawarkan dengan dua rangkaian kuasa iaitu bensin sepenuhnya pilihan dan hibrid e:HEV – sama seperti City dan City Hatchback, versi hibrid elektrik tersebut menampilkan teknologi Intelligent-Multi Mode Drive (i-MMD) dan tampil dengan penggayaan paling sportif itu RS.
Tapi, versi bensin bukan hybrid juga akan ditawarkan. Walau bagaimana pun, spesifikasinya masih belum didedahkan. Mungkin ia juga didatangkan dengan pilihan enjin 1.5L disedot secara alami i-VTEC (121 PS/145 Nm, sama seperti City sedan dan hatchback) dan 1.5L VTEC Turbo dengan 177 PS/240 Nm.
Dijangkakan, varian yang bakal ditawarkan adalah gred S (1.5 NA), E dan V (1.5T) dan e:HEV RS. Honda Malaysia juga mengesahkan ia bakal diberikan Honda Sensingbukaan pintu belakang bebas-tangan, lampu membelok LED di hadapan dan kawalan penghidup enjin. Kit lengkap hanya akan diketahui apabila ia dilancarkan kelak.
Untuk yang berada di luar KL dan Selangor, kena lihat jadual yang diberikan, bila HR-V ini bakal ditayang berhampiran tempat anda dan jangan lupa tempe slot kehadiran anda.
GALERI: Honda HR-V RS e:HEV 2022 pasaran Thailand