Harga BMW SST 2022: naik antara RM4.4k ke RM32k

Dengan kembalinya SST awal hari ini, BMW Malaysia telah menyiarkan senarai harga terbaru model-model mereka, bersama harga sambungan jaminan dan pakej servis yang dijual secara berasingan. Harga asas yang dinyatakan datang dengan jaminan dua tahun, dan sambungan menjamin pula merangkumi tempoh lima tahun; lihat jadual di bawah untuk mengetahui perbezaan sebelum dan selepas SST.

Senarai harga terbaru ini menyaksikan model paling murah, iaitu X1 sDrive18i kini dijual pada harga RM204.140, atau RM220,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, manakala X1 sDrive20i M Sport juga dijual pada harga RM227.140, atau RM243,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis. Seterusnya, 2 Series Gran Coupe in 218i M Sport kini dijual pada harga RM213,690, atau RM228,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis.

Barisan model 3 Series yang dimulakan dengan 320i Sport kini dijual pada harga RM241,680, atau RM257,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, diikuti 330i M Sport pada harga RM283,680, atau RM299,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, 330e M Sport pada RM260,680, atau RM276,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, dan 330Li M Sport pada harga RM289,680, atau RM305,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis.

Pergi pula untuk model prestasi M dan M Performance yang menggunakan enjin enam silinder, M340i xDrive kini dijual pada harga RM363,680, atau RM379,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, M3 Competition pada harga RM690,860, atau RM720,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, dan M3 Competition xDrive RM797.860, atau RM827.800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis.

Seterusnya untuk 4 Series, ia dimulakan dengan 430i M Sport yang kini dijual pada harga RM411,680, atau RM427,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, manakala M4 Competition dijual pada harga RM710,860, atau RM740,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, dan M4 Competition xDrive pada RM818,860 atau RM848,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis.

Barisan model 5 Series dimulai pada harga RM338,187, iaitu untuk 530e M Sport (RM358,217 dengan sambungan jaminan dan pakej servis), kemudian diikuti 530i M Sport yang berharga RM382,770 (RM402,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis). Untuk model M berenjin V8, M5 dijual pada harga RM960.080 (RM998.800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis), dan M5 Competition pada harga RM1.150.080 (RM1.188.800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis).

Anda boleh melihat senarai harga model-model lain termasuk 6 Series, 7 Series, X3, X5, serta model elektrik seperti iX3, iX dan i4 melalui jadual yang telah kami sediakan di atas.