PM umum kerajaan cadang bina litar Drag untuk setiap negeri bagi bangunkan sukan permotoran negara

Ketika merasmikan acara RXZ Members 4.0 Tahun 2022 yang berlangsung di Gong Badak International Drag Strip hari ini, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk membina sebuah litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri.

Menurut beliau dalam laporan Bernamacadangan ini dibuat dalam usaha memperkasakan program pembangunan sukan permotoran dalam negara, dan akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober ini.

“Setakat ini sudah ada dua litar drag yang dibina iaitu di Terengganu dan Melaka,” katanya dan menambah apabila litar-litar yang dicadangkan itu siap, ia akan memberi peluang kepada golongan belia untuk membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul.

Dalam perkembangan sama, Ismail juga menyeru golongan muda ikut menyertai [email protected] 2022 iaitu program pembangunan permotoran peringkat akar umbi, melibatkan pembangunan sukan motosikal dan kereta yang disarankan Kementerian Belia dan Suka.

Menurutnya, di bawah program itu, peserta terdorong mendapat pendidikan melalui, kursus dan klinik, sekali gus dapat mencungkil bakat atlet permotoran negara bagi menyertai kejohanan serta perlumbaan di peringkat negeri dan nasional. Tambahnya lagi, kerajaan akan sentiasa menyokong aktiviti kelab-kelab permotoran, terutama dalam menjayakan program amal untuk membantu rakyat yang ditimpa seperti dilanda banjir, untuk mengurangkan aktiviti di jalanan.

“Pertubuhan terkait permotoran melakukan aktiviti amal… Ketika banjir kelab motor terlibat dengan banyak kerja yang berhubungan dengan rumah mangsa.

“Mungkin boleh anjurkan (perhimpunan penunggang) setiap tahun dan kerajaan boleh beri penajaan… dapat ketengahkan minat anak-anak muda, dapat kurangkan tanggapan negatif terhadap penunggang yang mengganggu dengan pelbagai nama Mat Motor,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *